fbpx

Bantuan kembali ke sekolah dianjurkan lebih awal elak penularan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (dua dari kiri) beraama sebahagian daripada 30 penerima bantuan program Kembali Ke Sekolah 2021 di Simpang Empat, Taiping hari ini. Foto: Wat Kamal Abas

TAIPING – Seiring dengan langkah kerajaan dalam membantu mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam kalangan B40, seramai 300 murid Sekolah Rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol bakal menerima bantuan awal persekolahan bermula hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol, Razman Zakaria berkata, penganjuran program tahunan itu diadakan lebih awal secara berperingkat mulai hari ini sehingga hujung Disember depan bagi mengelak penularan Covid-19 dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan.

“Pada hari ini, sebanyak 30 penerima sahaja yang diberikan bantuan berupa baucar tunai berharga RM80 setiap seorang bagi mengelakkan perhimpunan ramai.

“Keseluruhannya seramai 300 penerima akan mendapat manfaat daripada program ini dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM24,000,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Kembali Ke Sekolah 2021 anjuran Pusat Khidmat DUN Gunung Semanggol di sini hari ini.

Tambahnya, bantuan tersebut diberikan kepada penerima yang telah dipilih Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan masing-masing.

Sementara itu, penerima bantuan, Asmah Muhammad Yusuf, 45, berkata, bantuan yang diberikan kepada anaknya itu sekurang-kurangnya mampu meringankan bebanan mereka sekeluarga dalam menyediakan kelengkapan persekolahan tahun baharu nanti.

“Dengan keadaan sekarang yang masih dilanda gelombang Covid-19, ramai daripada penduduk kehilangan sumber pendapatan dan bantuan ini boleh meringankan bebanan kami untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI