fbpx

Tunang kantoi pernah terlanjur sebelum berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki buntu apabila tunangnya mengaku, pernah terlanjur bersama lelaki lain semasa mereka sedang bercinta.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh TwtWedding, perkara itu diketahui setelah lelaki berkenaan meminta pandangan umum berkenaan tindakan yang perlu diambil olehnya.

“Tolong sembunyikan nama saya. Saya baru bertunang, tunang saya (perempuan), kantoi terlanjur dengan kawan dia sendiri masa kami tengah bercinta. Perlu ke saya terima dia semula,” luahnya.

Dia yang buntu dengan situasi itu, meminta pandangan orang ramai, sekiranya dia patut menerima keadaan itu.

Bukan itu sahaja, dia juga turut merasakan, perkara yang terjadi kepadanya adalah disebabkan balasan tuhan di atas ‘kenakalan’ dia sebelum ini.

“Saya pun bukan orang baik, adakah ini balasan tuhan untuk saya yang pernah buat dekat bekas kekasih saya,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai simpati dan tidak kurang juga yang menasihati pasangan terbabit untuk bertaubat.

“Awak ada hak untuk rasa dikhianati, tapi kalau awak rasa berbolak-balik untuk terima tunang sebab tidak ‘suci’ awak kena sedar diri awak. Taubatlah, berubah sama-sama,” komen Realname.

Perkongsian itu tular di aplikasi Twitter dengan tontonan sebanyak 577,000 1,825 tanda suka dan 657 ulang ciap. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI