fbpx

Bangunan Parlimen akan ditutup sekiranya ada jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA- Bangunan Parlimen akan ditutup sekiranya terdapat jangkitan yang membabitkan kompleks Parlimen.

Itu antara pemasyhuran oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.

Katanya, beliau telah menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah untuk mendapatkan nasihat berhubung langkah-langkah pencegahan susulan daripada peningkatan kes penularan wabak Covid-19.

“Sekiranya ada kes positif di kompleks Parlimen, pihak Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang sewajarnya.

“Perlu diingatkan bahawa apa-apa jangkitan di Parlimen mungkin menyebabkan bangunan Parlimen ditutup sekiranya didapati perlu berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Noor Hisham turut memberi pandangan Ahli-Ahli Parlimen tidak lagi mengadakan majlis jamuan atau bermesyuarat dalam kelompok yang besar semasa di luar Dewan, sama ada di premis Parlimen atau di luar.

“Ahli-Ahli Parlimen dinasihatkan supaya menghadkan pergerakan masing-masing semasa di luar premis Parlimen sepanjang tempoh persidangan serta mengelakkan bergaul atau menghadiri majlis-majlis keramaian dan tempat-tempat sesak, selain sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujar beliau.

Katanya, Ahli-Ahli Parlimen dan petugas juga perlu menjadi saringan Covid-19 setiap dua minggu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI