fbpx

Saya pandang ke atas ada sebab – Ustaz Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar ketika satu sesi ceramah semasa menjawab persoalan yang dibangkitkan pengguna TikTok.

PETALING JAYA – Timbul beberapa persoalan kalangan warga maya apabila penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menoleh kepalanya ke atas dalam satu siri ceramahnya sebelum ini.

Ada pengguna aplikasi TikTok yang mengaitkan perbuatan Azhar itu dengan perkara ghaib seperti melihat malaikat, nabi dan jin, serta beberapa lagi andai lain.

Bagaimanapun, menerusi satu ceramahnya baru-baru ini dan menafikan semua dakwaan mengarut daripada kalangan netizen terbabit.

Jelasya, ketika itu dia sedang melihat sekumpulan kanak-kanak yang bermain di tingkat atas masjid.

“Budak ni tanya dalam TikTok, saya tengok atas dalam masjid. Tengok apa? Ramai tanya. Dia sebenarnya budak-budak. Atas tu tak siap lagi, tapi saya dengar mereka panggil saya.

“Bila kita angkat kepala dia lari. Ada empat, lima orang, masa tengah-tengah (ceramah) dia mari lagi. Yang tu hujung dah dia mari lagi. Kita tengok dia lari… Kita tengok dia lari,” kata Azhar.

Azhar berkata, apa yang ‘dituduh’ oleh pengguna TikTok itu semuanya tidak betul.

“Netizen ini tuduh macam-macam lihat malaikat mautlah, Nabi Khidir. Itulah netizen dia laju sikit,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI