fbpx

Sembilan lokasi di Kelantan terjejas akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian ribut dan angin kencang yang melanda Kota Bharu petang semalam.

KOTA BHARU – Sebanyak sembilan lokasi di negeri ini dikenal pasti terjejas dalam kejadian ribut dan angin kencang yang melanda kebanyakan kawasan bermula kelmarin sehingga petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd. Wildan Azhari berkata, pihaknya menerima aduan di lokasi terjejas akibat ribut itu antaranya di Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Pasir Mas.

Menurutnya, kerja-kerja menyelamat akibat kejadian itu melibatkan pokok tumbang dan papan tanda jatuh di atas jalan sudah dijalankan oleh pihak bomba.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan melibatkan orang ramai dalam insiden terbabit.

“Operasi membersihkan kawasan yang terjejas ribut berjalan lancar dan kerja-kerjanya masih dijalankan sehingga hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, ribut kencang beserta hujan lebat berlaku selama 10 minit di beberapa lokasi termasuk Kota Bharu dan Bachok sehingga menyebabkan banyak pokok tumbang dan kerosakan harta benda.

Kejadian yang bermula kira-kira pukul 5.30 petang itu turut mengakibatkan bumbung parkir sebuah kompleks beli-belah di Lembah Sireh di sini turut diterbangkan ribut.

Difahamkan, beberapa kediaman di kawasan taman perumahan di Kota Bharu, Tumpat dan Bachok turut terjejas dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI