PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan sudah mengikat tali pertunangan dengan Amelia Christie selepas kecoh berita tersebut tersebar dalam media sosial.
Sharnaaz ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, apa yang dikongsikannya dalam Instagram hanyalah gimik semata-mata.
“Tak. Gimik. Itu sahaja saya boleh kata,” ujarnya.
Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memberitahu, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa foto tersebut dipadam tidak berapa lama selepas
“Malas nak layan. Saya banyak kerja sebab itu, saya padam gambar. Tunggu ‘posting’ yang dah betul nanti.
“Lantak merekalah nak tulis apa dah memang kerja mereka. Tunggu muat naik yang sudah disunting nanti,” kata pelakon filem Polis Evo 3 itu.
Tegas Sharnaaz, 38, foto yang dikongsi tidak menampakkan langsung wajah wanita yang disandingkan namun segelintir pihak memandai-mandai membuat spekulasi sendiri.
“Apa benda? Mana ada Amelianya (dalam gambar dikongsikan). Jangan memandai mat,” ujarnya.
Terdahulu, Sharnaaz berkongsi sekeping foto berbaju Melayu lengkap bersama kanak-kanak lelaki mirip anaknya, Jebat Jayden dan seorang wanita yang mengenakan persalinan sedondon berwarna biru muda.
Menerusi kapysen yang ditulis Sharnaaz, dia memaklumkan bahawa dia sepertinya sudah mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya iaitu pelakon baharu, Amelia Christie Lim.
“Maaf bukan lagi duda pilihan anda!,” tulisnya.
Apa yang menarik perhatian adalah tanda pagar yang digunakan iaitu #SxAeday, #MamuKenaGari dan #DalamHatiAdaTaman.
Walaubagaimanapun, Sharnaaz dilihat telah memadam perkongsian tersebut daripada Instagramnya beberapa minit kemudian. – KOSMO! ONLINE