fbpx

Pelajar sekolah maut motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal kedua-dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kalong Tengah, Hulu Yam, petang semalam.

HULU SELANGOR – Seorang pelajar sekolah maut manakala seorang remaja lagi cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka bertembung di Jalan Kalong Tengah, Hulu Yam, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang.

Menurutnya, sebuah motosikal jenis Suzuki ditunggang seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego LC ditunggang oleh remaja lelaki tempatan berusia 17 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal jenis Suzuki menuju ke rumahnya di Batang Kali dari arah Hulu Yam.

“Motosikal mangsa kemudiannya bertembung dengan motosikal jenis Yamaha Ego LC yang datang dari arah Batang Kali.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum penunggang motosikal jenis Suzuki disahkan meninggal dunia pada pukul 7.15 petang ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, seorang lagi mangsa pula masih berada dalam keadaan kritikal di Zon Merah.

Ujarnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kemalangan untuk tampil membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI