fbpx

‘Salah ke saya bercinta dengan suami orang?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang wanita tampil bertanya soalan adakah salah untuk dirinya bercinta dengan lelaki berstatus suami orang.

“Salah ke saya bercinta dengan suami orang?,” soalnya menerusi satu hantaran di TikTok.

Katanya, pernah terlintas di fikirannya untuk menamatkan hubungan tersebut, tetapi disebabkan hati masih sayang, mereka berdua terus mempertahankan hubungan itu.

Jelasnya, mereka bakal berkahwin pada tahun hadapan dan meminta pendapat orang ramai tentang keputusannya itu.

“Saya tak sanggup tengok wajah isteri dia. Dia pun tak nak lepaskan saya, kami dah nak kahwin tahun depan.

“Saya sedar saya berkawan dengan suami orang. Apa patut saya buat? ‘Korang’ boleh bagi pendapat tak? Saya sayang dia. Apa yang terbaik tolong saya,” pintanya.

Tangkap layar perkongsian wanita itu di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai termasuklah ada yang menasihatkan dia untuk menggesa lelaki itu memberitahu hal sebenar kepada isterinya sebelum mereka berkahwin.

“Kalau betul-betul nak berpoligami, buat cara betul dan lelaki itu perlu jujur dan sama-sama minta kebenaran daripada isteri pertama dahulu,” pesan Syikin.

Sementara itu, ada juga pengguna yang memberi nasihat agar wanita berkenaan tidak meneruskan hubungan tersebut kerana telah merosakkan rumah tangga orang lain.

“Carilah lelaki bujang lain, atau duda. Janganlah suami orang, fikir hati isteri dia, pasti hancur,” kata Naim.

“Belakang isteri pun boleh curang dik, nanti dia kahwin dengan kami pun curang juga. Sebelum buat sesuatu, fikirlah dulu dik. Takut kifarah berbalik pada awak sahaja,” kata Iman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI