fbpx

Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pintu dibuka atas arahan seorang penyiasat paranormal di hotel Castle Bromwich Hall, Birmingham baru-baru ini. - Foto Afterlife Paranormal

LONDON – Anggota-anggota sebuah pasukan penyiasat paranormal mendakwa berjaya merakam hantu yang membuka pintu selepas  diminta berbuat demikian ketika  mereka melawat  hotel paling berhantu di Britain iaitu Dewan Kastil Bromwich di Birmingham, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rakaman video oleh anggota paranormal tersebutt ketika bermalam di hotel yang dibina antara tahun 1557 hingga 1585 itu menunjukkan pintu terbuka sendiri.

Dalam rakaman itu, peranti dikenali sebagai kotak roh kedengaran berkata: “Adakah kita bersahabat?”.

Seorang penyiasat paranormal, Charlie Harker, 58, dari Walsall kemudian menjawab: “Adakah kita bersahabat? Ya, kita adalah sahabat. Sebab itu, saya mahu anda membuka pintu ini semula. Saya cuba menjadi sahabat anda.”

Beberapa saat kemudian pintu berwarna coklat gelap itu perlahan-lahan terbuka, lapor akhbar tabloid Birmingham Live.

Selepas itu, Harker berkata: “Seperti yang saya katakan, saya mahu menjadi sahabat anda, pintu telah dibuka. Terima kasih.”

Dua penampakan hantu juga didakwa berjaya dirakam kamera semasa pemburuan hantu pada 17 April lalu, satu daripadanya menunjukkan separuh muka kelihatan di tingkap manakala imej kedua menunjukkan kelibat memakai pakaian berwarna emas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI