fbpx

Kucing gemuk tidak cedera jatuh dari tingkat enam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shifu tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun ia memecahkan cermin kereta Apiwat. - Apiwat Toyothaka

BANGKOK – Seekor kucing tidak mengalami  kecederaan selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah blok kondominium dan menimpa cermin kereta dalam kejadian di Bangkok, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kereta yang diparkir  itu rosak dan cermin belakangnya pecah.

Pemilik kenderaan, Apiwat Toyothaka, berkongsi gambar kucing bernama Shifu itu bersama keadaan cermin keretanya yang pecah di laman Facebook kelmarin.

“Pengurus kondominium menghubungi saya pukul 7 pagi (waktu tempatan) untuk memaklumkan bahawa seekor kucing jatuh di atas kereta saya. 

“Saya berasa keliru mengenai kejadian itu kerana bagi saya, ia hanya seekor kucing yang jatuh di atas kereta. Kemudian, saya diberitahu bahawa kucing itu seberat 8.5 kilogram dan memecahkan tingkap kereta. Barulah saya faham situasi itu,” tulisnya di Facebook.

Tambah Apiwat, dia tidak marah kepada kucing itu atau pemiliknya kerana ia adalah satu kemalangan. 

“Shifu kini berada dalam keadaan baik. Ia makan, minum dan membuang air dengan normal. Badannya juga tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan lebam kecuali ia kehilangan dua kukunya,” kata Apiwat ketika memberitahu mengenai keadaan haiwan itu.

Beberapa gambar yang turut disertakan pada hantaran Apiwat menunjukkan tiada sebarang kecederaan pada badan Shifu namun, cermin belakang kereta Apiwat mempunyai lubang besar.

Sementara itu, pengurus bangunan tersebut, Orassa berkata, selepas memeriksa sistem televisyen  litar tertutup (CCTV) dan menyoal beberapa saksi, dia melihat kucing itu jatuh dari tingkat enam ke tingkat tiga, sebelum terhumban ke atas kereta.

Sementara itu, disebabkan kondominium tersebut mempunyai polisi tidak boleh membela haiwan, pemilik kucing itu diarahkan membayar denda berjumlah 1,000 baht (RM132.58) kepada Apiwat. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI