fbpx

Barang dijual lebih rendah berbanding harga kawalan – KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Beberapa barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Gawai 2023 dijual pada harga lebih rendah berbanding harga kawalan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan, ia hasil tinjauan yang dilakukan Ketua Setiausahanya Datuk Azman Mohd Yusof ketika pelancaran SHMMP Hari Gawai 2023 peringkat Negeri Sarawak di Farley Supermarket, Kuching, Sarawak hari ini.

Katanya, berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan sepanjang lawatan pada hari ini, mendapati terdapat beberapa barangan yang dijual lebih rendah dari harga kawalan.

“Secara tidak langsung menggambarkan peniaga bersama-sama dengan pihak kementerian bagi menjayakan Skim ini,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

SHMMP Hari Gawai berkuat kuasa selama tujuh hari bermula hari ini dan ia dilaksanakan tiga hari sebelum, semasa dan selepas perayaan melibatkan lapan jenis barangan.

Barangan di bawah skim berkenaan melibatkan ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih (China), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), Ubi kentang Import (China), babi hidup (Harga maksimum di peringkat ladang sahaja), Daging babi (perut), dan daging babi (daging dan lemak).

Kata kenyataan itu, pegawai penguat kuasa KPDN telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.

Ujarnya, strategi ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya.

“Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil
terhadap peniaga yang gagal mematuh peraturan-peraturan di bawah skim ini.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI