fbpx

Anwar jemput warga Sabah sertai sesi Temu Anwar Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster program yang dikongsikan Anwar di Twitternya hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai khususnya warga negeri Sabah untuk menyertai sesi dialog Temu Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Rabu ini di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau dalam ciapannya di Twitter hari ini berkata, sesi dialog Temu Anwar merupakan satu platform yang membuka peluang untuk masyarakat bertanya serta mendapatkan maklum balas secara terus daripadanya.

“Sesi Temu Anwar ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat terutamanya anak muda untuk bertanyakan apa jua soalan secara terus kepada saya.

“Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web http://temuanwar.com,” ciapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI