PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tiga negeri sehingga pukul 5 petang hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta) serta beberapa daerah di Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).
Sementara itu, cuaca buruk yang sama turut diramal melanda Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching) pada petang ini. – KOSMO! ONLINE