fbpx

Selesai kursus kahwin, Watie sudah boleh nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATIE lega apabila telah selesai menjalani kursus perkahwinan.

PETALING JAYA – Menghitung hari, usahawan Watie Hanifiah kini boleh melalui urusan pernikahan dengan pelawak Shuib selepas selesai menjalani kursus perkahwinan baru-baru ini.
Watie, 35, memberitahu dia merupakan peserta tertua dalam kelas kursus perkahwinan tersebut.

“Peserta Tertua. Tidak mengapalah, orang kata yang lambat selalunya sebab Allah SWT nak beri yang terbaik dan paling tepat.

“Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat, #sabarituindah,” katanya menerusi sebuah entri dalam Instagram.

Dalam perkongsian lain, dia juga memuat naik foto sijil kursus perkahwinannya selain turut berkongsi rasa teruja apabila sudah melepasi satu tahap untuk bergelar seorang isteri kepada Shuib.

“Yeay! Sudah boleh kahwin kan Shuib?” katanya lagi.

Berita tentang hubungan antara Shuib dan Watie bukan lagi rahsia selepas penyampai radio Suria FM itu mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun depan.

Sebelum itu, pasangan kekasih itu telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Watie di Shah Alam, Selangor.

Menerusi perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan kini berusia setahun.

Pada 8 Ogos 2021, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita kematian Siti Sarah akibat jangkitan Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI