fbpx

Sarjan ambil rasuah didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Fitry Ismail, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan, menerima rasuah berjumlah RM1,500, tiga tahun lalu.

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat sarjan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan, menerima rasuah berjumlah RM1,500, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Fitry Ismail, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di depan Hakim, Rohatul Akmar Abdullah.

Hakim turut memerintahkan agar denda itu dibayar serta-merta tanpa ansuran dengan tertuduh diperintah untuk menjalani hukuman penjara selama enam bulan jika gagal berbuat demikian.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 11.34 malam, 18 November 2020 di luar pintu utama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Wang itu didakwa diterima untuk dirinya sendiri dengan tiada balasan yang mana tertuduh mengetahui bahawa pemberian tersebut, adalah sebagai satu dorongan berhubung dengan kerja-kerja rasminya.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rehab Abdul Shukur mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Khairul Hafizuddin Ramli.

Dalam penghakimannya, Rohatul Akmar berkata, mahkamah telah mempertimbangkan kepentingan awam dan tertuduh sendiri sebelum membuat keputusan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI