fbpx

Anwar ucap tahniah pelantikan Erdogan sebagai Presiden Turkiye ke-13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) dan Erdogan (kanan) ketika bertemu di Ankara, Februari lalu.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan selepas dilantik semula sebagai Presiden Turkiye ke-13.

Melalui hantaran di laman Twitter miliknya, Anwar berkata, beliau berharap dengan pelantikan Erdogan itu Malaysia dan Turkiye dapat terus bersama dalam mengekalkan serta meningkatkan hubungan dua hala yang sekian lama terjalin.

“Turkiye akan terus memainkan peranan yang membina sebagai pemain serantau dan global yang penting.

“Malaysia berharap untuk bekerjasama rapat dengan Turkiye bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala sedia ada,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI