fbpx

Akhbar masih lagi relevan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir merasmikan Majlis Kemuncak Hawana 2023 di Hotel Casuarina@Meru, di sini semalam.

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, akhbar masih lagi berupaya memainkan peranan penting dan bertahan sekiranya ia mengekalkan mutu serta integritinya.

Justeru, katanya, penerbitan akhbar masih lagi relevan biarpun wujud pelbagai media sosial yang turut menyajikan berita-berita terkini bagi orang ramai pada hari ini.

“Saya masih lagi mewakili pemikiran yang lama. Saya masih lagi melihat perkembangan di media sosial.

“Saya masih wajib membaca surat khabar setiap hari, ia satu perkara wajib yang saya teruskan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Hotel Casuarina@Meru, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, para penggiat industri perlu menggarap nilai integriti yang tinggi agar industri tersebut serta pada masa sama kekal relevan dan mengekalkan kualiti penerbitan berita dalam setiap terbitan.

Pada masa sama, beliau turut berpandangan bahawa surat khabar masih memiliki peranan yang tinggi dan wajar di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI