fbpx

Lelaki buta alihkan sendiri motosikal halang laluan pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman yang dikongsikan pengguna Twitter itu.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mengalihkan sendiri beberapa buah motosikal yang menghalang laluan pejalan kaki.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT).

Menerusi video yang dimuat naik pengguna Twitter @_NazriH hari ini, usaha lelaki OKU itu untuk memudahkan urusannya dan orang lain ternyata telah mendapat pujian ramai.

“Syabas abang itu, walaupun dia sendiri OKU, tetap alihkan sendiri deretan motosikal yang halang lalaun pejalan kaki, moga Allah celikkan matanua satu hari nanti,” puji Aizat di ruangan komen.

Dalam pada itu, beberapa pengguna lain turut meminta pihak berkuasa menyita mana-mana kenderaan yang diparkir di kawasan larangan termasuk menghalang laluan pejalan kaki atau ruang khas OKU.

“Kalau kawasan stesen MRT, LRT, mesti ada sahaja yang letak kenderaan sesuka hati. Tahu la tak cukup parkir, tapi fikir la pengguna yang jalan kaki lain. Lagi-lagi mereka yang naik kerusi roda, atau orang buta macam video ini.

“Kesian mereka hak mereka dirampas dan cadangannya saya saman kenderaan tersebut dan juga sita atau kunci tayarnya. Biar beringat untuk kegunaan bersama,” tegur MdShahrul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI