WASHINGTON – Calon Parti Demokrat, Joe Biden sedang mendahului Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam pilihan raya presiden AS setakat ini.
Biden mencatat kemenangan di 11 negeri iaitu Vermont, Massachusetts, Rhode Island, Connecticut, New Jersey, Delaware, Maruland, Virginia, New York, Illionis dan New Mexico.
Trump pula menang di 13 negeri iaitu Dakota Utara, Dakota Selatan, Wyoming, Nebraska, Oklahoma, Arkansas, Louisiana, Mississippi, Alabama, Tennessee, Kentucky, Indiana dan Virginia Barat.
Setakat ini, Trump menerima 28,620,220 undi manakala Biden mengekori rapat dengan 27,729,886 undi.
Berhubung undi elektoral, Biden mendahulu pungutan undi iaitu 131 manakala Trump cuma 92 undi.
Trump yang mewakili Parti Republikan atau Great Old Party (GOP) bersaing bagi mempertahankan jawatan presiden untuk penggal kedua dan terakhir.
Kedua-dua calon Presiden memerlukan 270 undi untuk memenangi pilihan raya presiden. – Agensi