fbpx

Institusi pendidikan di Seremban ditutup mulai Khamis hingga 18 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua institusi pendidikan di kawasan zon merah di Seremban, Negeri Sembilan ditutup bermula Khamis ini hingga 18 November.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu merangkumi tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi pendidikan guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

“Senarai institusi pendidikan yang ditutup di daerah Seremban akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan dimuat naik dalam portal KPM, www.moe.gov.my dan platform media sosial rasmi KPM.

“sepanjang tempoh penutupan ini, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, KPM memaklumkan manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM, www.moe.gov.my.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di daerah Seremban bermula Khamis ini hingga 18 November.

Pelaksanaan PKPB itu meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI