fbpx

Selangor mara ke separuh akhir Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAZAN Mousa Mahmpud Abu-Arab melakukan asakan sambil cuba dihalang Casagrande dalam perlawanan Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Pasukan Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Negeri Sembilan FC 3-1 dalam pertembungan suku akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.

Pasukan pelawat terlebih dahulu dikejutkan dengan gol Negeri Sembilan seawal minit pertama melalui jaringan Muhammad Safuwan Baharudin hasil lontaran ke dalam Tommy Mawat Bada.

Kelebihan dimiliki tuan rumah itu bagaimanapun tidak bertahan lama selepas Selangor menggasak kubu tuan rumah dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ketiga melalui jaringan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Memasuki babak kedua, Negeri Sembilan dan Selangor saling menggandakan serangan sebelum Selangor berhasil menemui gol pada minit ke-60 melalui gerakan penyerang pasukan itu, Mohamad Faisal Abdul Halim.

Mohamad Faisal melorongkan bola kepada pemain import, Yohandry Jose Orozco Cujia dan penyerang import dari Venezuela itu melepaskan sepakan kencang ke kanan gawang gol Negeri Sembilan bagi menewaskan Sikh Izhan Nazrel.

Pemain itu memusnahkan tentangan tuan rumah apabila sepakan kencangnya sekali lagi menewasakn Sikh Izhan Nazrel pada minit ke-87 untuk gol ketiga sekali gus Selangor layak ke pusingan separuh akhir Piala FA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI