fbpx

Akaun bank kakitangan kerajaan tinggal RM48 diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang kakitangan kerajaan berusia lingkungan 50-an menyedari dia kerugian sebanyak RM850,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam pada hujung Januari lalu selepas mendapati wang di dalam akaunnya hanya berbaki RM48.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa membuat laporan polis semalam semasa selepas dipercayai sindiket tersebut menyamar sebagai pegawai insurans, pegawai polis dan pihak mahkamah.

“Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang wanita mendakwa dari ibu pejabat sebuah syarikat insuranas di Ampang, Selangor. Suspek memaklumkan mangsa telah membuat tuntutan kos pembedahan sebanyak tiga kali dalam tempoh masa yang singkat.

“Pada awal Februari, mangsa sekali lagi menerima panggilan telefon dari syarikat sama yang kemudiannya mendakwa lelaki itu dengan kes pengubahan wang haram sehingga waran tangkap dan waran pembekuan akaun mangsa telah dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, suspek kemudian mengarahkan mangsa membuka akuan bank  dan meminta mangsa memindahkan wang akaun Amanah Saham Berhad (ASB) ke dalam akaun yang baru dibukanya itu.

Menurut beliau, suspek juga mengarahkan mangsa membuat pinjaman peribadi RM350,000 dengan sebuah bank dan memindahkan RM327,000 ke dalam akaun baharu yang dibukanya.

Kata beliau, mangsa kemudian cuba mendaftar perbankan secara dalam talian untuk akaun bank baharunya, namun gagal kerana ada pihak yang telah mendaftar menggunakan akaun tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI