DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Seorang suri rumah tangga di Dubai mendedahkan perkara paling teruk apabila memiliki seorang suami berstatus jutawan, lapor portal berita New York Post kelmarin.
Antaranya ialah dia mempunyai terlalu banyak makanan dan duduk di kelas pertama setiap kali menaiki penerbangan. Klip video rungutannya mendapat berjuta-juta tontonan di media sosial.
Wanita kelahiran Jordan, Linda Andrade, 23, dilaporkan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Forex dan mata wang kripto berpangkalan di Dubai, Ricky Andrade. Linda mendirikan rumah tangga ketika berusia 19 tahun, demikian menurut akhbar Baltimore Post Examiner.
Dalam klip videonya baru-baru ini, Linda memberitahu beberapa keburukan tentang gaya hidup mewahnya seperti dia tidak pernah memandu, hanya menaiki pesawat, manakala perbelanjaan bulanannya tidak pernah dikekang.
“(Suami) hanya membeli emas 24 karat t (dan setiap kali kami bergaduh),” kata keterangan video tersebut. Rakaman itu turut menunjukkan dia mengayunkan rantai emas.
Kata Linda, suaminya juga membelinya terlalu banyak barangan dan semestinya jenama mewah dan memberinya ‘terlalu banyak makanan.’
Namun, sebilangan netizen yang iri hati menawarkan untuk bertukar tempat dengan Linda bersama komen: “Jika anda sudah bosan hidup sedemikian, saya sedia mengambil tempat anda.” – Agensi