fbpx

Misi hidup mati Everton kekal di EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DYCHE perlu merencanakan strategi terbaik berdepan Bournemouth malam ini untuk meraih kemenangan bagi mengekalkan mereka dalam saingan EPL musim depan. – FB EVERTON

LIVERPOOL – Everton menggalas misi hidup mati pasukan itu menjelang aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Bournemouth yang akan berlangsung di Goodison Park malam ini.

The Toffees wajib mencatat kemenangan pada perlawanan itu bagi mengelakkan penyingkiran dari saingan Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 72 tahun apabila hanya dibezakan dua mata dengan zon penyingkiran.

Pengurus sementara Everton, Sean Dyche menganggap pertemuan dengan Bournemouth sa­ngat penting kerana bakal menjadi penentu kepada hala tuju pasukan tersebut pada sai­ngan musim depan.

“Semua perlawanan sangat penting, tetapi pertemuan ini berbeza dengan perlawanan lain, tidak perlu saya jelaskan lagi. Kami terbuka untuk berdepan cabaran yang menanti pada perlawanan tersebut.

“Saya percaya ia perlukan kerja keras, mungkin sedikit perubahan taktikal. Semua pemain perlu bersedia untuk berdepan tekanan kerana mereka tahu status pasukan, ini adalah Everton,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengakui akan mengikut keputusan semasa perlawanan melibatkan Leicester City dan Leeds United, iaitu dua pasukan yang mencabar Everton untuk kekal dalam Liga Perdana.

“Saya akan beri perhatian kepada sorakan penyokong di seluruh stadium kerana mereka akan jadi isyarat terhadap keputusan semasa.

“Selain itu, staf juga akan ke­mas kini keputusan kepada sa­ya,” ujar Dyche. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI