PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga p[ukul 3 petang hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan Johor.
“Antara kawasan terlibat adalah di Kedah iaitu Kuala Muda, Baling, Kulim dan Yan. Untuk Pahang pula adalah di Rompin.
“Bagi negeri Johor pula kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Mersing,” katanya.
Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE