fbpx

10 rumah di Kampung Binjai dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 10 buah rumah ditenggelami banjir kilat di Kampung Binjai, Chendering di sini hari ini.

Kesemua rumah itu ditenggelami air banjir pada pukul 7 malam berikutan hujan lebat yang bermula kira-kira sejam sebelum itu.

Seorang penduduk, Mat Harun Awang Harun, 62, berkata, dia mula sedar rumahnya dinaiki banjir sewaktu hendak keluar rumah untuk menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid berhampiran.

“Sebaik saya membuka pintu, air banjir mula memasuki rumah dan parasnya meningkat dengan cepat sehingga paras pinggang.

“Saya yang panik segera meminta isteri, Ngah Ali, 64, menghubungi menantu, Zamri Ahmad, 40, yang tinggal di Kampung Seberang Pintasan, Dungun untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mat Harun dan enam ahli keluarga termasuk tiga cucu yang berusia dua hingga enam tahun yang terperangkap di dalam rumah mereka terpaksa diselamatkan anggota bomba dengan menggunakan sebuah bot.

Dia mendakwa banjir kilar yang melanda perkampungan itu disebabkan masalah saliran yang tersumbat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI