fbpx

Skim pelaburan patuh syariah guna wajah Mat Sabu tarik pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster iklan skim pelaburan patuh syariah memaparkan wajah Mohamad.

PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sasaran sindiket pelaburan patuh syariah apabila wajah beliau dipaparkan pada poster promosi skim pelaburan itu.

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagaimanapun menafikan pembabitan Mohamad dalam skim pelaburan patuh syariah itu.

Menurutnya, beliau (Mohamad) tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk gambarnya digunakan dalam sebarang promosi skim pelaburan patuh syariah.

“Justeru penyalahgunaan ini perlu diberhentikan segera. Kami juga sudah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Poster iklan skim pelaburan itu memaparkan wajah Mohamad selain turut tertera logo Bank Negara Malaysia (BNM), AmBank dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) bertujuan menarik pelabur.

Sebelum ini, wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan beberapa tokoh serta penceramah agama turut menjadi paparan iklan dan poster skim pelaburan patuh syariah .- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI