fbpx

Lelaki maut nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 36, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu dekat Lenggong semalam.

LENGGONG – Seorang lelaki maut selepas terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 36, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu di sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.40 malam itu, mangsa, Ahmad Salwal Md. Muslin, 43, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari arah Gerik ke Kuala Kangsar bertembung dengan Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 39 tahun di laluan bertentangan.

Pada masa sama, sebuah lori dipandu lelaki berusia 29 tahun pula dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kereta mangsa.

Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan di mana pemandu kereta Proton Saga tersepit dan disahkan maut.

“Anggota segera mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 1.03 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI