fbpx

Lelaki temui ibu kandung selepas terpisah 48 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar TikTok @Eyda_Badri yang memuat naik video pertemuan Suffian dengan ibu kandungnya.

PETALING JAYA – Pertemuan semula antara anak lelaki bersama ibu kandungnya selepas 48 tahun terpisah mengundang sebak orang ramai.

Difahamkan, Ahmad Suffian Mohd Shafie yang menetap di Seri Kembangan, Selangor bergegas ke Machap, Johor untuk pertemuan bersejarah dalam hidupnya itu.

Rakaman yang dipercayai dimuat naik isteri lelaki berkenaan di TikTok @Eyda_Badri memaparkan suaminya yang berusia 48 tahun bertemu ibu kandungnya pertama kali sejak dilahirkan.

Menerusi video berkenaan, Suffian mengajukan soalan kepada ibunya sama ada mengenali dirinya dengan memberi petunjuk tahi lalat di pipi, namun wanita berusia sekitar 60-an masih tidak dapat meneka dengan betul.

Tidak berputus asa disitu, Suffian memetik nama arwah bapanya yang digelar Pi’e dan bertanyakan nama anak bapanya itu yang mana orang itu dirinya.

Wanita tersebut yang mendengar nama berkenaan, terus menceritakan dirinya mempunyai anak bernama Suffian dengan lelaki berkenaan sebelum dihantar ke Perak sejak awal dilahirkan.

Sebaik sahaja mendengar jawapan tersebut, Suffian mengeluarkan kad pengenalannya lalu ditunjukkan kepada ibunya sambil berkata dirinya adalah anaknya yang terpisah itu.

Wanita tersebut terus mengalirkan air mata sejurus mendapat tahu bahawa lelaki yang berada di hadapannya adalah anaknya yang 48 tahun terpisah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI