fbpx

Netizen berbalah umur Neelofa, PU Riz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARTINI diapit oleh Neelofa dan PU Riz.

PETALING JAYA – Nama pelakon dan usahawan, Neelofa sekali lagi menjadi trending dalam laman Twitter semalam selepas seorang netizen membangkitkan isu perbezaan umur selebriti itu dengan PU Riz.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, seorang pengguna Twitter menulis mengenai wanita berusia memilih lelaki lebih muda untuk dijadikan suami.
Malah, individu itu berpendapat wanita yang sudah mencapai had umur tertentu sudah tidak lagi memikirkan soal jodoh dan bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja sebagai teman hidupnya.

“Jadi Neelofa, 31, bertunang dengan PU Riz, 25, iaitu enam tahun lebih muda daripadanya. Ini membuktikan perempuan ada had masa.

“Pada satu tahap, kau akan sedar apabila usia sudah semakin meningkat. Sebab itu golongan ibu selalu bertanyakan bila hendak berkahwin,” ciap seorang pengguna Twitter tersebut.

Isu yang dibangkitkan individu itu kemudiannya mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan kenyataan individu itu bersifat feminis dan tidak sepatutnya mempersoalkan mengenai wanita yang berusia 30 tahun dan ke atas memilih lelaki yang lebih muda untuk dijadikan pasangan hidup.

“Tak perlu hendak mempersoalkan jodoh orang lain. Jodoh dan ajal seseorang di tangan Tuhan, kita sebagai hamba perlu terima dan reda,” tulis seorang netizen membalas ciapan tersebut.

Terdahulu, spekulasi percintaan Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd. Noor dengan Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail terjawab selepas gambar mereka dipercayai bersempena majlis merisik tersebar pada Ahad lalu.

Dalam majlis yang dikhabarkan diadakan di kediaman keluarga Neelofa itu, bekas pengacara MeleTOP itu dipercayai menerima sebentuk cincin risik daripada pihak lelaki.

Pasangan itu dikatakan bakal berkahwin pada Mac tahun depan.

Setakat ini, pasangan itu masih belum memberikan sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI