fbpx

F1: Hamilton tampil nafi spekulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mengakui masih mempercayai kemampuan Mercedes dan menolak khabar angin perpindahan ke Ferrari. - AFP

LONDON – Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menolak spekulasi mengaitkannya menyertai Ferrari selepas timbul laporan bahawa pasukan Itali itu sedia menawarkan tawaran mega untuk mendapatkan pemandu Mercedes tersebut.

Media antarabangsa melaporkan bahawa Ferrari telah membuat tawaran bernilai lebih £40 juta (RM228.29 juta) dan turut menyebut salah seorang pemandunya iaitu sama ada Charles Leclerc atau Carlos Sainz akan ‘dikorbankan’ musim depan.

Spekulasi perpindahan tersebut bertiup kencang selepas Mercedes gagal menyediakan jentera terbaik buat Hamilton untuk membantunya menjulang gelaran dunia buat kali kelapan.

“Sememangnya apabila anda dalam rundingan kontrak sentiasa ada spekulasi melainkan anda mendengar daripada saya itu sahaja.

“Saya fikir kerana kami masih pasukan yang mampu memenangi kejuaraan, cuma kami berdepan masalah dalam pembangunan jentera. Ada beberapa keputusan yang telah dibuat sejak dua tahun lalu yang tidak ideal dan kami sedang berusaha untuk memperbaikinya,” katanya.

Mengenai soal kontrak, Hamilton menyerahkan segala-galanya kepada pasukannya untuk melakukan perbincangan dengan Mercedes dan berharap ia akan selesai tidak lama lagi.

“Ia bukan perkara yang boleh saya bincangkan secara jujur. Ini adalah kali pertama saya fikir saya tidak berunding sendiri. Saya mempunyai pasukan yang hebat yang melakukan semua kerja jadi, saya hanya menumpukan pada perlumbaan.

“Saya cakap apa yang saya mahu dan itulah yang kami usahakan. Semoga segala perbincangan dapat diputuskan tidak lama lagi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI