fbpx

Berbeza haluan punca Teong Kim dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEONG KIM dipecat ekoran Perak FC masih lagi bergelut ekoran masalah prestasi sehingga menjejaskan reputasi dan imej syarikat yang memiliki pasukan itu. – FB PERAK FOOTBALL CLUB

PERBEZAAN haluan menjadi punca pihak pengurusan Perak FC membuat keputusan drastik memecat Datuk Lim Teong Kim daripada jawatan ketua jurulatih pasukan berkenaan.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi ber­kata, sebagai entiti perniagaan, pertimbangan yang dibuat pastinya berbeza berbanding cara lama.

“Keputusan dibuat dua hari lalu selepas mesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah dan Exco Perak FC yang memakan masa dua jam setengah. Ahli Lembaga Pengarah ada lima orang, Exco ada tujuh lapan orang dan semuanya beri hujah termasuk ada yang pertahankan Teong Kim.

“Kita berpendapat mungkin Lim Teong Kim tidak sehaluan dengan kita. Kita kena ingat bahawa kita lihat (Perak FC) sebagai satu perniagaan, bukan macam dahulu di bawah PAFA. Pasukan ini dimiliki syarikat (XOX) yang tersenarai di bursa saham.

“Semua ini kita ambil kira dan jika ia perniagaan, pertimbangannya juga agak berlainan. Kita kena lihat sama ada ia akan jejaskan nama syarikat, jejaskan keuntungan syarikat atau pun jejaskan reputasi syarikat.

“Kita tengok banyak aspek, namun yang penting adalah perniagaan kita kerana tanpa perniagaan, kita tidak dapat duit untuk pemain dan buat bayaran lain. Jadi, kalau tidak sehaluan de­ngan kami, susahlah,” katanya.

Dalam kenyataan kelmarin, Perak FC mengumumkan Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas sebagai jurulatih sementara.
Dalam masa sama, Abdul Azim menjelaskan perbinca­ngan bersama Teong Kim sudah pun dibuat beberapa kali.

“Tidak adalah ‘kata dua’, tetapi saya sendiri sudah jumpa dia beberapa kali, duduk berbincang dan mohon dia lihat balik pasukan. Kita bincang, tengok data, statistik dan semua benda, tetapi percaya­lah untuk buat keputusan ini bukan mudah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI