fbpx

Hampir 10 orang di Thailand beli racun sianida untuk bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surachate mendakwa peruncit menjual sianida kepada Sararat secara haram. - Matichon

BANGKOK – Lebih 100 kilang di Thailand disyaki menjual sianida secara haram ketika lebih ramai mangsa pembunuhan bersiri berkaitan racun tersebut dikenal pasti, lapor laman berita Thaiger semalam.

Timbalan ketua polis Thailand, Surachate Hakparn bertemu Pengarah Jabatan Kerja Perindustrian, Pornyot Klangkrong bagi membincangkan perkara tersebut semalam.

Kilang-kilang itu  didapati menjual sianida secara haram kepada ramai pelanggan termasuk Sararat ‘Am’ Rangsiwuthaporn dan kira-kira lapan atau sembilan lagi mangsa bunuh diri, lapor laman berita Matichon. 

Penjualan sianida di Thailand hanya dibenarkan dengan lesen atau operasi kilang. Surachate bagaimanapun mendapati operasi jabatan itu ‘cuai’.

Antara kelemahannya adalah peruncit tidak perlu meminta kebenaran daripada jabatan itu selagi pembeli mengaku ingin membelinya atas tujuan yang disebutkan.

“Sebuah kilang telah menempah 1,600 botol sianida secara sah. 100 botol dijual secara haram kepada enam peruncit termasuk yang dijual semula kepada Sararat,” kata Surachate.

Selepas berunding dengan Pornyot, Suratchate percaya pihaknya memiliki bukti yang mencukupi untuk mendakwa kilang tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI