fbpx

Dua anak menangis mahu ikut ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafize Nizam (dua dari kanan), Muhammad Afeef Rafiqie (kanan) dan Arrian Nuh (kiri) meninggal dunia selepas treler dinaiki mereka terbalik di Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, Gopeng semalam.

KAMPAR – Pemandu treler yang maut dalam kemalangan bersama dua anak lelakinya di Gopeng di sini kelmarin sempat makan tengah hari bersama isteri dan anak bongsunya.

Ibu mertua Hafize Nizam Ali Supian, 30, iaitu Normah Khalid, 66, berkata, sebelum kejadian, anaknya sempat membawa tiga anaknya termasuk dua yang maut dalam kemalangan itu berjumpa arwah di sebuah restoran di Kampar.

Menurut Normah, anaknya, Shamsharina Mohd. Norizin, 31, pergi ke restoran itu dari rumahnya di Langkap dan Hafize Nizam pula singgah di premis tersebut sebelum meneruskan perjalanan mengambil muatan simen di Gopeng.

“Pada mulanya arwah (Hafize Nizam) memang tiada niat membawa dua anaknya, tetapi entah mengapa selepas selesai makan, mereka (anak-anak) menangismahu ikut arwah.

“Kalau diikutkan sebelum ini, mereka tidak pernah mengikut bapa mereka bekerja. Budak-budak, mungkin mereka teruja untuk menaiki treler,” katanya ketika ditemui di Hospital Kampar di sini semalam.

Nahas pada pukul 10.20 malam itu mengorbankan Hafize Nizam dan dua anaknya iaitu Muhammad Afeef Rafiqie, 9, dan Arrian Nuh, 6. Mereka yang parah disahkan maut di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku selepas treler dinaiki tiga beranak itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

Cerita Normah, anaknya menangis dan meraung sebaik melihat keadaan treler dinaiki suami dan dua anaknya remuk

“Anak bongsunya (Adeeb Hud) yang berusia dua tahun mula bertanyakan keadaan bapa dan dua abangnya. Kami beritahu mereka sedang tidur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, ketika kejadian, si mati dalam perjalanan membawa simen dari Gopeng ke Melaka.

“Treler yang dipandu mangsa melanggar tiang elektrik dan besi penghadang jalan. Pasukan bomba mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI