fbpx

Azalina nafi jawab SPRM gugur dakwaan PN terima sumbangan judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Azalina Othman Said menafikan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghenti dan menggugurkan dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima sumbangan dana judi untuk membiayai kempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) itu dalam kenyataan di sini, hari ini berkata, namun sebaliknya, SPRM telah menyatakan bahawa tiada fail siasatan dibuka memandangkan maklumat yang telah diperoleh setakat ini adalah bersifat umum.

“Dalam hal ini, SPRM sebagai badan yang bebas dan berkecuali tentu sekali akan dan berhak menjalankan siasatan-siasatan berkaitan dan membuka fail siasatan sebagaimana perlu mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694) atau mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa berdasarkan kepada maklumat dan juga bukti yang diperolehi dari semasa ke semasa.

“Pada masa yang sama, adalah penting ditegaskan bahawa selain SPRM, terdapat juga agensi-agensi lain yang bertanggungjawab dan berkuasa termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana entiti.

“Undang-undang Malaysia tidak mempunyai sebarang had masa untuk memulakan sebarang tindakan atas kes-kes jenayah,” katanya.

Azalina berkata, adalah tidak wajar mana-mana pihak untuk mempolitikkan atau memutarbelitkan jawapan yang telah dia berikan kepada Ahli Parlimen Pasir Mas ketika sidang Dewan Rakyat berhubung perkara itu mahupun membuat tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap perdana menteri.

“Saya menyeru semua pihak menghormati prinsip “rule of law” dan tidak membuat kesimpulan melulu atas jawapan yang diberi di Dewan Rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI