fbpx

Bendung ketirisan sumber negara – Pemangku Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen berkenan bergambar bersama juruterbang dan kru pasukan aerobatik Black Eagles pada LIMA'23 di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Sebarang ketirisan sumber negara hendaklah dibendung sepenuhnya walaupun tanggungjawab untuk melaksanakannya tidak mudah.

Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia bertitah, perkara tersebut tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak mempunyai tanggungjawab moral dan menyedari kesan buruk akibat daripada ketirisan tersebut.

“Oleh itu, wajar sekali nilai-nilai murni sejagat dan kesedaran keagamaan diterapkan secara berterusan ke dalam minda setiap masyarakat,” titah baginda selepas berkenan berangkat pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, di sini hari ini.

Titah baginda, seluruh jentera kerajaan juga diseru bertindak dengan cekap dan bijaksana dalam menguruskan sumber-sumber dan keutamaan negara serta organisasi.

“Pembangunan sumber manusia tidak boleh diabaikan, malah perlu terus ditambah baik agar segala program dan projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual dan menepati matlamatnya.

“Pada masa sama, kerjasama lebih erat dan intensif daripada semua pihak termasuk sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan diperlukan untuk merancakkan lagi agenda pembangunan negara kita,” titah baginda lagi.

Terdahulu, Pemangku Raja Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan meluangkan masa kira-kira tiga jam menyaksikan pertunjukan udara oleh pasukan aerobatik Black Eagles (Korea Selatan), Jupiter (Indonesia) dan Sukhoi SU- 30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Baginda berdua kemudiannya melawat reruai yang mempamerkan teknologi terkini khususnya dalam bidang kejuruteraan pertahanan dan pameran pelbagai pesawat udara.

Lebih menarik, baginda turut berkenan bergambar bersama juruterbang dan kru pasukan aerobatik Black Eagles. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI