fbpx

[VIDEO] 4 sampan, bangsal nelayan Sungai Burung terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di jeti nelayan Sungai Burung, Balik Pulau akibat kejadian kebakaran, pagi tadi.

BALIK PULAU – Sekumpulan nelayan berdepan detik cemas apabila bangsal dan empat buah sampan yang ditempatkan di Jeti Pulai Burung, di sini, terbakar dalam kebakaran pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu menyebabkan kesemua sampan yang diletakkan secara bersebelahan, peralatan memukat serta enjin musnah 100 peratus. Tiga buah sampan lagi dikatakan turut mengalami kerosakan kecil.

Ketua Unit Nelayan Sungai Burung, Rosli Abdul berkata, pihaknya terkejut sebaik dimaklumkan sekumpulan nelayan yang juga pemilik sampan terbabit ketika mahu turun ke laut, pagi tadi.

Menurutnya, keadaan api yang sangat marak menyebabkan sampan baharu dengan enjin 60, 115 dan 150 kuasa kuda gagal diselamatkan.

“Ini merupakan kejadian pertama kali sejak jeti ini dibina pada tahun 80an iaitu daripada struktur kayu sehinggalah ditukar dengan jeti batu. Nilai kerugian yang dilaporkan adalah lebih RM1 juta. Ini kerana, setiap sampan dibeli pada harga RM150,000.

“Memang sedih dengan kejadian berlaku sebab ini adalah mata pencarian tetap mereka (pemilik sampan) sejak lebih 30 tahun lalu,” katanya kepada Kosmo!, di sini tadi.

Beritahu Rosli lagi, api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba dan punca kejadian setakat ini masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI