PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Di Kedah, ia melibatkan Yan dan Kuala Muda, Perak di Kerian, Negeri Sembilan di Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala Johor antaranya di Tangkak, Muar dan Batu Pahat,” katanya.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE