fbpx

Kaki kanak-kanak nyaris kena ‘sedut’ eskalator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular selipar digunakan seorang kanak-kanak terputus selepas melalui eskalator.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak nyaris cedera pada kaki sewaktu menggunakan eskalator yang cuba ‘menyedut’ sebahagian daripada selipar dipakainya sehingga terputus.

Kejadian itu disedari ibu kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Masy yang kemudian sempat menarik kakinya daripada tercedera akibat eskalator tersebut.

Menerusi hantaran dikongsikan Facebook Orang Wangsa Maju yang memetik cerita ibu tersebut, wanita itu memberitahu, kejadian itu sewaktu mereka menggunakan eskalator yang sedang menurun.

“Selipar getah kena ‘makan’ dengan eskalator. Nasib baik aku sempat pegang kaki dia, lepas itu aku rentap kaki dia sekuat hati. Sampai jadi begitu.

“Selipar getah ini lembut, mudah kena ‘makan’ dengan eskalator. Masa kejadian ini, eskalator menurun. Dia nak melangkah dah sampai bawah, langkah terakhir ‘stuck’. Eskalator dah makan belakang selipar dia,” katanya pada hantaran itu.

Dalam pada itu, wanita itu meminta orang ramai berhati-hati sewaktu menggunakan eskalator kerana malang tidak berbau.

Perkongsian itu menerima maklum balas pelbagai daripada orang ramai yang turut meminta supaya pengguna sentiasa berwaspada sewaktu menggunakan kemudahan itu.

“Berdiri dalam garisan kuning, dukung anak kalau perlu. Ini pesanan untuk orang lain, kegunaan masa depan,” kata Azizul Mohd. Puad.

“Sebab itu aku kalau naik eskalator, tak berdiri tepi sangat. Takut tersangkut kain. Pernah kena sekali, mujur boleh tarik,” komen Daznila MN.

“Sebaiknya nak keluar pergi kompleks beli-belah, pakai kasut. Selipar ni nak keluar rumah dekat-dekat, pergi kedai runcit tak apa,” kata Zack Efourtysix. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI