fbpx

‘Kami mengharapkan dia balik’ – kakak Hawari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kiri) ketika mengadakan kunjungan ke kediaman keluarga Hawari semalam.

GEORGE TOWN – Keluarga peserta Malaysia Everest (ME2023), yang juga orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu, Muhammad Hawari Hashim tetap menunggu perkhabaran positif sebelum misi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pergunungan Everest ditamatkan tiga hari lagi.

Kakak Hawari yang dikenali sebagai Tikah berkata, keluarganya masih menanti kepulangan anak ketiga daripada lima beradik itu ke tanah air.

“Kami mesti mengharapkan dia balik. Itu sahaja komen saya sekarang ini,” katanya ringkas bagi menjawab laporan mengenai operasi SAR di kawasan pergunungan Everest yang akan berakhir Ahad ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr K. Nagulendran, berkata, keputusan tersebut dibuat susulan notis penutupan semua aktiviti di pergunungan Everest mulai Isnin depan yang dikeluarkan kerajaan Nepal.

Beliau memberitahu, kerajaan melalui KBS akan menghulurkan bantuan kewangan bernilai RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi membantu misi SAR Hawari.

Semalam, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut menyalurkan sumbangan bernilai RM500,000 bagi menampung kos operasi SAR ketika ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow juga telah mengadakan kunjungan ke kediaman keluarga Hawari serta menyampaikan sumbangan khas daripada beliau sendiri kepada isteri mangsa, Safiyyah Tang Xie Li. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI