fbpx

Khachanov malu besar tersingkir awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHACHANOV terpaksa menerima hakikat ditunjukkan jalan keluar awal pada Paris Masters oleh pemain daripada peringkat kelayakan. - AFP

PARIS – Bekas juara Paris Masters, Karen Khachanov gagal mempamerkan persembahan terbaik apabila tersingkir sea­wal pusingan pertama kejohanan tersebut.

Lebih memalukan, penghuni ranking No.19 dunia dari Rusia itu tewas kepada pemain kela­yakan dari Sepanyol, Alejandro Davidovich 6-3, 2-6, 6-2 dalam perlawanan yang berlangsung tanpa penonton di Bercy Arena.

“Ia bukan persembahan terbaik saya terutama dalam set pertama. Saya cuba bangkit pada set penentuan, tetapi masih gagal. Saya cukup malu kerana terkandas awal.

“Davidovich bermain dengan baik dan dapat mengekalkan permainan cemerlang sepanjang perlawanan. Perlawanan ini memberi pengajaran kepada saya untuk memperbaiki segala kelemahan,” kata Khachanov.

Kemenangan itu menyaksikan Davidovich akan berdepan pemain Perancis, Benjamin Bonzi di pusingan kedua.

Sementara itu, pemain ve­teran Sepanyol, Feliciano Lopez menempah pertemuan dengan pilihan utama, Rafael Nadal selepas berjaya menundukkan Filip Krajinovic dari Serbia 7-6 (13/11), 6-1.

Sebagai rekod, saingan Paris Masters terpaksa dianjurkan secara tertutup walaupun pe­nganjur sebelum ini membenarkan kehadiran 1,000 penonton.

Namun, penganjur terpaksa memulangkan duit penjualan tiket, selain hadiah kemena­ngan dikurangkan sebanyak €2 juta (RM9.72 juta).

Ia ekoran keputusan Perancis menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan disebabkan peningkatan kes Covid-19 minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI