fbpx

10 individu diambil keterangan berkaitan kes bunuh, bakar wanita hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agus (tengah) menunjukkan gambar imbasan ultrabunyi kandungan mangsa pada sidang akhbar di IPD Sabak Bernam, Selangor .-Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

SABAK BERNAM – Polis selesai merekodkan keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki membunuh dan membakar teman wanitanya sebanyak dua kali di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, kesemua individu itu melibatkan saksi-saksi kejadian termasuk suspek utama.

“Keterangan mereka sudah diambil dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut 302 Kanun Keseksaan. Tiada sebarang tangkapan lain dilakukan setakat ini,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Tambah beliau, proses bedah siasat dijangka dilakukan Hospital Sungai Buloh esok.

“Perkara itu melibatkan urusan hospital namun mayat mangsa belum diserahkan kepada keluarga setakat ini,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya.

Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek berusia 20 tahun selama dua hari bermula Isnin lalu selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut kekasihnya yang merupakan pelayan restoran itu, suspek juga dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI