fbpx

Jungkook, bintang K-Pop paling disayangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNGKOOK

POPULARITI anggota kumpulan ternama BTS, Jungkook tidak perlu dipertikaikan lagi apatah lagi dia kini menjadi kegilaan peminat di seluruh dunia.

Lebih menguatkan lagi fakta tersebut apabila Jungkook diumumkan sebagai idola K-pop yang paling disayangi peminat melibatkan beberapa buah negara.

Pengiktirafan tersebut merupakan hasil tinjauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea bersama Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea (KOFICE) yang melibatkan lebih 26 buah negara baru-baru ini.

Pencapaian tersebut sekali gus meletakkan dirinya di tempat ketiga dalam kalangan artis solo Korea selepas Psy dan IU.

Hasil tinjauan, sebanyak 23 daripada 26 negara memilih BTS sebagai kumpulan Korea yang paling diminati.

Tinjauan yang dijalankan kementerian tersebut meliputi 26 negara seperti China, Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia dan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI