fbpx

Barcelona mungkin rehatkan Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI gagal membantu Barcelona menewaskan Deportivo Alaves apabila sekadar seri 1-1 dalam saingan La Liga di Stadium Mendizorrotza pada Ahad lalu. – AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman berada dalam dilema untuk merehatkan kapten pasukan itu, Lionel Messi menjelang aksi ketiga Kumpulan G Liga Juara-Juara menentang jaguh Ukraine, Dynamo Kiev di Stadium Camp Nou awal pagi esok.

Messi, 33, telah bermain 90 minit permainan dalam semua lapan perlawanan The Catalan musim ini termasuk enam aksi La Liga dan dua saingan Liga Juara-Juara, selain turut beraksi dengan Argentina bulan lalu.

Messi hanya terlepas dua aksi kompetitif bersama Barcelona iaitu satu perlawanan Piala Raja Sepanyol dan satu Liga Juara-Juara sejak pulih daripada kece­deraan otot pada Oktober 2019.

Justeru, Koeman, 57, bersedia merehatkan Messi untuk aksi menentang Dynamo kerana bimbang bintangnya itu boleh me­ngalami kecederaan.

Bagaimanapun, pengendali dari Belanda itu berkemungkinan besar tetap menyenaraikan Messi dalam kesebelasan utama sebelum mengeluarkan penye­rang tersebut pada awal permainan bergantung kepada situasi perlawanan awal pagi esok.

Jika Barcelona berupaya menjaringkan lebih daripada satu gol dan tidak bolos kepada Dynamo pada separuh masa pertama, bermakna Koeman tidak berdepan masalah untuk merehatkan Messi daripada meneruskan aksinya dalam babak kedua.

Sebagai rekod, Dynamo bukanlah lawan setanding buat jaguh Sepanyol itu yang berjaya merekodkan kemenangan dalam dua pertemuan antara kedua-dua pasukan sebelum ini.

Satu lagi aksi Kumpulan G menyaksikan Juventus yang dikatakan sedia menurunkan Cristiano Ronaldo untuk perlawanan Liga Juara-Juara pertamanya musim ini, akan berdepan wakil Hungary, Ferencvaros awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI