fbpx

Ribut petir di enam negeri sehingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Sarawak.

“Antara kawasan terlibat adalah di Kedah iaitu Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala Kelantan pula di Kuala Krai.

“Untuk Terengganu adalah Setiu, Kuala Nerus, dan Kuala Terengganu manakala Johor melibatkan kawasan Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru serta Sarawak pula adalah Miri dan Limbang,” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI