fbpx

Azeem berlari dalam keadaan cedera, lolos ke suku akhir NCAA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM bakal pulang ke tanah air untuk mengikuti latihan dan kejohanan olahraga di Bangkok, Thailand.

KUALA LUMPUR – Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi berjaya meloloskan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Kelayakan Persatuan Olahraga Kolej-Kolej Nasional (NCAA) di Jacksonville, Florida.

Menariknya, atlet berusia 19 tahun dari Ipoh, Perak itu terpaksa berlari dalam keadaan menahan sakit terhadap kecederaan pangkal paha kanan dialaminya pada pusingan pertama 100 meter (m) di Stadium Hodges hari ini.

Begitupun, ia masih tidak menghalang pemegang rekod kebangsaan dengan masa 10.09 saat (s) itu menamatkan perlumbaannya sebagai pelari ketiga terpantas saringan 1 menerusi catatan 10.21s.

Menyedari situasinya, Azeem mengharapkan kecederaannya itu sempat pulih dalam tempoh masa yang ada sebelum turun menghadapi peringkat suku akhir pada pagi Sabtu ini.

“Berharap kepada keajaiban. Semoga Allah permudahkan urusan saya,” kata Azeem yang dipetik daripada ciapannya di laman Twitter peribadinya hari ini.

Selain Azeem, rakan sepasukannya di Universiti Auburn, Favour Ashe turut melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas merekodkan masa terpantas di pusingan pertama hari ini iaitu 10.03s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI