fbpx

[VIDEO] Rasa sayang saya makin bertambah-tambah – Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARId memberitahu rasa sayangnya terhadap Diana semakin membuak-buak walaupun sudah lama tidak bersua muka. Foto oleh SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Pelakon Farid Kamil meluahkan bahawa kasih sayangnya terhadap isteri, Diana Danielle semakin bertambah-tambah selepas sekian lama tidak bersua muka.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, berkata, harapannya untuk kembali bersatu dengan isteri tidak pernah punah meskipun diduga pelbagai cabaran rumah tangga.

“Harapan masih sama seperti dahulu. Rasa sayang saya semakin bertambah-tambah.

“Harapnya hari ini dapatlah saya bertentang mata dengan isteri saya (Diana Danielle),” katanya kepada Kosmo! Online sesampainya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini, sekitar pukul 2.38 petang sebentar tadi.

Terdahulu, Diana atau nama lengkapnya, Diana Diana Danielle Danny Beeson, 32, hadir ke mahkamah sekitar pukul 2.12 petang.

Hari ini, prosiding sulh kedua berlangsung selepas Diana tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding Sulh yang berlangsung pada 11 April lalu kerana belum bersedia bersemuka dengan Farid.

Sebelum ini, Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Namun, Farid enggan melafazkan cerai dan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak kepada Diana yang membuat permohonan hadanah sebelum ini.

Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di Hotel Flamingo by the Lake dengan mas kahwin RM10,000 pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI