fbpx

Giliran Ernie Zakri hiasi ‘billboard’ New York Times Square

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE ZAKRI

PETALING JAYA – Penyanyi Ernie Zakri menganggap impian jadi nyata apabila wajahnya menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square, Amerika Syarikat.

Akui Nur Ernie Shahirah Zakri, itu pemilihan tersebut merupakan antara pencapaian penuh bermakna dalam karier muzik yang telusuri sejak 14 tahun lalu

“Sudah tentu saya sangat gembira. Alhamdulillah, ini adalah antara kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai penyanyi solo.

“Tak pernah terbayang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia.

“Mimpi boleh menjadi kenyataan jika kita bekerja dengan bijak. Banyak yang telah saya pelajari,” katanya dalam satu kenyataan.

Penyanyi berusia 30 tahun itu turut mendedahkan 2023 bakar melakar banyak kenangan manis buat dirinya, selain menyatakan pelbagai perancangan direncanakan.

“Saya bercadang menghasilkan lebih banyak lagu dan mungkin album pada penghujung tahun ini. Banyak yang sudah dirancangkan, tolong doakan,” ujarnya.

Pada masa sama, pemilik nama sebenar figura seni bervokal ampuh itu turut menyimpul tekad untuk berusaha menjadi yang terbaik.

“Saya sentiasa ingin menjadi versi terbaik diri saya. Kebanyakkan lagu saya membawa pesan pemerkasaan wanita dan inilah yang ingin saya laungkan.

“Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segala-galanya, tetapi kini setelah bergelar ibu dan isteri saya mengerti bahawa saya perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup serta kerjaya.

“Akhirnya, penguat semangat dan pendorong saya adalah keluarga tercinta,” katanya.

Penampilan Ernie pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.

Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

Sebelum ini, beberapa penyanyi lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Dolla, Iman Troye pernah dipilih menghiasi papan digital gergasi yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI