fbpx

Biadab, kasar! – Uqasha bidas sikap melampau ejen, pengasas kosmetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UQASHA SENROSE

PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose berang apabila namanya kerap digunakan sebagai ‘modal’ promosi oleh ejen produk kosmetik yang menaja drama lakonannya, Perempuan Tanpa Dosa. 

Tindakannya kemudian mencetuskan perang mulut dengan ejen-ejen jualan produk berkenaan yang tidak berpuas hati kerana aktres itu mendakwa tidak memakai gincu jenama penaja sedangkan drama lakonannya mendapat tajaan produk berkenaan.

Jelas Uqasha mempertahankan tindakannya, dia berbuat demikian kerana tidak mahu penaja menggunakan namanya untuk melariskan produk, sedangkan tidak berlaku sebarang perjanjian antara mereka. 

“Saya balas satu ciapan dalam Twitter dengan cara baik dan memaklumkan saya memakai gincu daripada koleksi sendiri sepanjang penggambaran drama itu. 

“Tetapi kenapa semua ejen produk itu bercakap kasar dan menulis dengan cara yang biadap terhadap saya? Sedangkan saya tidak berlagak langsung. 

“Malah ada antara mereka yang kata saya berlagak sebab pengasas produk itu sudah menaja drama ini. Sedangkan pengasas produk itu bayar kepada pihak televisyen sahaja, kami yang bekerja ini tiada kena mengena dengan duit anda ya,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram semalam. 

Uqasha yang berniat memberitahu perkara sebenar bagaimanapun menjadi mangsa serangan ejen produk berkenaan sehingga ada yang melabelkannya biadap serta tidak menghormati pengasas yang menaja drama itu. 

“Saya jarang mahu bergaduh tetapi perlu untuk jelaskan perkara ini supaya tiada salah faham. Lagi lama saya diam, lagi banyak kalian perli saya dan cakap belakang tentang saya. 

“Setiap orang ada tahap kesabaran. Saya cuma maklumkan yang saya tidak guna produk itu, tiada pula saya mengutuk atau berlagak. Tetapi cara kalian menjawab sangat biadap. Betul tak ejen-ejen? Saya ada semua bukti dan perlu beritahu hal sebenar,” katanya lagi. 

Menurut Uqasha, dia juga tidak pernah bergadung dengan mana-mana pengasas sebarang produk sebelum ini. Namun sikap pengasas produk kosmetik berkenaan sangat melampau dan membuatkan dirinya hilang sabar.

Terdahulu, perang mulut tersebut tercetus selepas beberapa ejen mendakwa Uqasha menggunakan gincu keluaran sebuah jenama kosmetik dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.

Uqasha juga mendedahkan dia turut mempunyai bukti-bukti dan status yang ditulis oleh ejen produk berkenaan yang menggunakan namanya untuk menjual barangan tersebut dalam media sosial. Dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara tersebut terus berlarutan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI