fbpx

Curi pasir laut tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal korek yang ditahan APMM Selangor

KLANG – Kegiatan tiga buah kapal korek dipercayai mencuri pasir perairan Langat pada tengah malam gagal apabila ditahan pihak berkuasa semalam.

Penahanan ketiga-tiga kapal yang dikendalikan lima warga China termasuk nakhoda berusia 30 hingga 61 tahun dilakukan pukul 12.15 tengah malam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, pihaknya yang sedang membuat rondaan menerusi Operasi Ehsan dan Tiris mengesan bot itu dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan lebih kurang 5.6 batu nautika barat daya Pulau Carey, Kuala Langat.

Katanya, ketiga-tiga kapal didapati merapat dan disyaki sedang melakukan aktiviti pengerukan pasir dan memindahkan pasir laut .

“Bot ronda Maritim cuba menghampiri kapal tersebut namun sebuah kapal telah cuba melarikan diri dan sebelum berjaya ditahan kami.

“Hasil pemeriksaan lanjut menunjukkan kesemua suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati mereka belum mendapat kebenaran menjalankan aktiviti mengorek pasir.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen. Nakhoda serta kru ketiga-tiga kapal korek berkenaan juga tiada dokumen pengenalan diri .

“Ketiga-tiga kapal telah dibawa ke lokasi bersauh dan dikeluarkan perintah tahanan dengan kes disiasat di bawah Akta Pelantar Benua 1966 , Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Kastam 1967,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI